Kebimbangan dari perspektif psikologi Islam dan cara mengatasinya berdasarkan Surah Al-Ma’arij

Kebimbangan atau anxiety merupakan salah satu penyakit daripada penyakit mental. Definisi kebimbangan banyak telah dikemukakan oleh para sarjana. Namun demikian, kebanyakan takrifan dan ciri-ciri yang dibincangkan adalah berdasarkan teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh psikologi Barat. Kert...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Masroom, Mohd. Nasir, Muhamad, Siti Norlina, Abd. Rahman, Siti Aisyah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/56036/1/MohdNasirMasroom2015_KebimbanganDariPerspektifPsikologiIslam.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/56036/
http://dx.doi.org/10.11113/sh.v5n1.367
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebimbangan atau anxiety merupakan salah satu penyakit daripada penyakit mental. Definisi kebimbangan banyak telah dikemukakan oleh para sarjana. Namun demikian, kebanyakan takrifan dan ciri-ciri yang dibincangkan adalah berdasarkan teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh psikologi Barat. Kertas kerja ini cuba meninjau definisi kebimbangan dan cara mengatasinya berdasarkan Surah Al-Maarij. Kaedah yang digunakan ialah dengan menganalisis kandungan Surah Al-Maarij ayat 19 hingga 35 dengan membuat rujukan kepada beberapa buah kitab tafsir. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat terdapat lapan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap individu agar terhindar dari penyakit kebimbangan atau keluh kesah iaitu (1) tetap mengerjakan solat, (2) menunaikan hak harta dengan sedekah dan zakat, (3) percaya kepada hari akhirat dengan mengerjakan amal-amal soleh, (4) takut kepada azab Allah SWT dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT, (5) menjaga kehormatan diri daripada melakukan zina, (6) menjaga amanah dan janji, (7) menjadi saksi yang adil, dan (8) sentiasa memelihara solat