Pemendakan kerak di dalam talian paip
Pemendakan kerak pada permukaan dalaman peralatan permukaan dan subpermukaan dikenal pasti sebagai punca utama yang kerap menimbulkan masalah kepada pengeluaran minyak. Masalah yang dimaksudkan termasuk pengaratan pada peralatan dan pengecilan keluasan aliran, yang akhirnya menyebabkan berlakunya pe...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/4734/1/SKMBT_60007121818141.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/4734/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pemendakan kerak pada permukaan dalaman peralatan permukaan dan subpermukaan dikenal pasti sebagai punca utama yang kerap menimbulkan masalah kepada pengeluaran minyak. Masalah yang dimaksudkan termasuk pengaratan pada peralatan dan pengecilan keluasan aliran, yang akhirnya menyebabkan berlakunya pengurangan dalam pengeluaran minyak. Pengalaman daripada industri berkaitan menunjukkan kebanyakan telaga minyak mengalami masalah pengecilan keluasan aliran yang disebabkan oleh pemendakan kerak yang berlaku pada matriks formasi. Sehubungan itu, pemendakan kerak sering meningkatkan keseluruhan kos operasi kerana penggantian peralatan, penebukan semula selang pengeluaran minyak dan lain-lain kerja semula. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan tentang kesan tempoh aliran air formasi terhadap pemendakan kerak. Selain itu, nilai indeks pembentukan kerak juga digunakan bagi tujuan peramalan pembentukan kerak. Keputusan kajian menunjukkan bahawa berat kerak yang terbentuk meningkat dengan bertambahnya tempoh aliran, dengan kerak kalsium karbonat dan barium sulfat lebih cenderung untuk terbentuk dalam paip. |
---|