Kesepaduan falsafah sains al-quran dalam kurikulum sekolah rendah sebagai asas pembentukan masyarakat hadhari di Malaysia

Masyarakat hadhari dapat dibentuk dalam masyarakat Malaysia melalui sistem pendidikan formal. Pendekatan yang menggunakan falsafah sains al-Qur’an dengan menggabungkan sains sosial dan sains tabii dengan ilmu ketuhanan dalam kurikulum sekolah rendah lagi akan dapat merealisasikan kemantapan masyarak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jusoh, Yahaya, Muhammad, Azhar
Format: Article
Language:English
Published: Univeriti Kebangsaan Malaysia 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/37914/2/makalah-v2n1-n2.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/37914/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat hadhari dapat dibentuk dalam masyarakat Malaysia melalui sistem pendidikan formal. Pendekatan yang menggunakan falsafah sains al-Qur’an dengan menggabungkan sains sosial dan sains tabii dengan ilmu ketuhanan dalam kurikulum sekolah rendah lagi akan dapat merealisasikan kemantapan masyarakat ini. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan dalam arus kebangkitan sains moden dalam era globalisasi menyebabkan prinsip pemikiran falsafah sains al-Qur’an dipinggirkan. Pengajaran sains sosial dan sains tabii mula dipisahkan daripada ilmu ketuhanan yang lebih mengarahkan kepada unsur-unsur materialistik berbanding unsur-unsur spiritual. Melalui reformasi perubahan kurikulum kebangsaan, murid-murid sekolah rendah sebagai generasi baru akan dibentuk berasaskan pemikiran falsafah sains al- Qur’an yang mengarah kepada kewujudan masyarakat hadhari. Kertas kerja ini akan memperlihatkan kepentingan falsafah ini dalam sistem pendidikan negara khususnya di peringkat KBSR yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat hadhari.