Pengelompokan data kajicuaca menggunakan teknik peraturan kesatuan

Penganalisaan data merupakan satu tugas yang penting bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (JPKM), di mana ianya digunakan untuk membuat peramalan taburan hujan pada masa akan datang. Pengekstrakan maklumat yang berguna daripada pangkalan data di JPKM bagi tujuan penganalisaan ini menj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dollah @ Md. Zain, Rozilawati, Md. Sap, Mohd. Noor, Bahari, Mahadi, Bakri, Aryati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/3243/1/Pengelompokan_Data_Kajicuaca_Menggunakan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/3243/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penganalisaan data merupakan satu tugas yang penting bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (JPKM), di mana ianya digunakan untuk membuat peramalan taburan hujan pada masa akan datang. Pengekstrakan maklumat yang berguna daripada pangkalan data di JPKM bagi tujuan penganalisaan ini menjadi sukar ekoran pertambahan jumlah data kajicuaca yang disimpan. Peramalan taburan hujan boleh diaplikasikan melalui operasi perlombongan data iaitu pengelompokan data. Kajian ini memberikan penumpuan kepada operasi pengelompokan data kajicuaca di mana hasil dari pengelompokan ini akan digunakan untuk melakukan peramalan taburan hujan. Hasil kajian ini menunjukkan pengelompokan data kajicuaca dengan menggunakan teknik peraturan kesatuan dapat membantu pihak peramal di JPKM untuk melakukan peramalan taburan hujan. Selain daripada itu, hasil kajian juga mendapati bahawa penggunaan kelompok data kajicuaca yang berlainan sebagai data input kepada proses peramalan taburan hujan telah memberikan prestasi peramalan yang lebih baik berbanding dengan penggunaan kelompok data kajicuaca yang sama.