Wanita dalam dakwah dan pendidikan
Buku ini adalah hasil garapan beberapa orang penulis yang berkisar tentang wanita dalam dunia dakwah dan pendidikan negara. Dalam era globalisasi abad ini, peranan wanita dalam pembangunan insan negara kian berat dan semakin mencabar. Oleh itu, wanita perlu memperlengkapkan diri mereka dengan pemban...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTM
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/30065/1/KamarulAzmiJasmi2008_WanitaDalamDakwahDanPendidikan.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/30065/ http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=448 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Buku ini adalah hasil garapan beberapa orang penulis yang berkisar tentang wanita dalam dunia dakwah dan pendidikan negara. Dalam era globalisasi abad ini, peranan wanita dalam pembangunan insan negara kian berat dan semakin mencabar. Oleh itu, wanita perlu memperlengkapkan diri mereka dengan pembangunan diri yang sempurna yang digarap daripada pelbagai kekuatan khususnya rohani, intelek, emosi, dan jasmani. Hasil kesempurnaan diri ini, wanita mampu menjadi penggerak utama dalam mencorak hala tuju negara mengikut landasan Islam yang murni. Antara kandungan khusus buku ini ialah mengenai prinsip, peranan dan sumbangan wanita Muslim dalam dakwah dan pendidikan di Malaysia serta dunia Islam. Prinsip asas pendidikan diri dan pendidikan al–Quran dikupas untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita bagaimana mereka dapat mempertingkatkan kualiti diri melalui pendidikan demi mempersiapkan diri dalam memikul tanggungjawab kepada agama dan negara. Manakala peranan dan sumbangan wanita pula, menyentuh tentang peranan wanita Muslim yang berkualiti dan kejayaan wanita mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, contohnya dalam pertandingan musabaqah al–Quran di peringkat antarabangsa. Seterusnya, pembaca juga dihidangkan dengan artikel yang mengupas tanggungjawab wanita dalam dakwah yang menjadi perantara utama pembangunan insaniah bagi memenuhi tuntutan rohani kemanusiaan. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan oleh ahli akademik dan semua pihak yang terlibat dalam memperjuangkan martabat wanita. Selain itu, buku ini juga merupakan bacaan umum masyarakat Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan kesedaran tentang prinsip, peranan dan sumbangan wanita dalam dakwah dan pendidikan. |
---|