Penglibatan tenaga kerja tempatan di sektor pembinaan di Malaysia : satu tinjauan

Industri pembinaan di Malaysia telah mengalami kekurangan tenaga kerja yang kritikal. Sumber tenaga kerja tempatan tidak dapat menampung permintaan tenaga kerja binaan yang semakin meningkat. Ini menyebabkan kontraktor lebih cenderung untuk mengambil tenaga kerja asing. Pengambilan tenaga kerja asin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Buntat, Yahya, Rajuddin, Muhammad Rashid, Mohd. Yusof, Zakaria
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/25351/
http://www.epublication.fab.utm.my/177/1/ICCI2006S1PP24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri pembinaan di Malaysia telah mengalami kekurangan tenaga kerja yang kritikal. Sumber tenaga kerja tempatan tidak dapat menampung permintaan tenaga kerja binaan yang semakin meningkat. Ini menyebabkan kontraktor lebih cenderung untuk mengambil tenaga kerja asing. Pengambilan tenaga kerja asing yang terlalu ramai telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan taburan tenaga kerja binaan di tapak bina. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai implikasi yang negatif terhadap industri pembinaan itu sendiri. Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mengenal pasti sejauh mana penglibatan tenaga kerja binaan tempatan dan tenaga kerja asing di tapak binaan mengikut tred binaan. Kajian telah dijalankan melalui kaedah tinjauan soal selidik terhadap 10 buah tapak bina di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Hasil kajian menunjukkan tenaga kerja asing didapati memonopoli hampir keseluruhan tred dibandingkan dengan tenaga kerja tempatan.