Masalah ganggaun seksual di kalangan guru-guru di Johor, Melaka, N.Sembilan dan Selangor

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru mengenai tingkah laku gangguan seksual, bentuk-bentuk gangguan seksual yang berlaku, prosedur aduan, kesan-kesan akibat gangguan seksual dan hubungannya dengan prestasi kerja. Seramai 400 orang guru dari 20 buah sekolah rendah dan menengah di n...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Hassan, Hasmadi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/2352/1/AziziYahaya_Masalah_Ganggaun_Seksual.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/2352/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru mengenai tingkah laku gangguan seksual, bentuk-bentuk gangguan seksual yang berlaku, prosedur aduan, kesan-kesan akibat gangguan seksual dan hubungannya dengan prestasi kerja. Seramai 400 orang guru dari 20 buah sekolah rendah dan menengah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dipilih secara kelompok atas kelompok. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik Experiences Of Sexual Harassment (SHEQ) dan The Sexual Harassment Questionnaires (SHAS). Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach)bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.971. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gangguan seksual berdasarkan jantina dan status perkahwinan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan gangguan seksual berdasarkan taraf pendidikan, lokasi dan bangsa. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan gangguan seksual dengan umur, pengalaman mengajar dan pendapatan tetapi terdapat hubungan yang signifikan kesan gangguan seksual dengan prestasi kerja di kalangan guru. Tahap gangguan seksual di kalangan guru secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang rendah.