Pengabaian tanggungjawab suami terhadap hak isteri di kalangan orang-orang Melayu

Institusi keluarga yang baik menjadi asas kepada pembangunan masyarakat atau negara. Kemakmuran hidup masyarakat atau negara bergantung kepada keutuhan institusi keluarga. Kedua-dua institusi keluarga dan masyarakat saling berkait antara satu sama lain dalam menentukan corak dan hala tuju pembentuka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad, Azhar, Jasmi, Kamarul Azmi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/20788/1/MuhammadA2004_%20Pengabaian%20Tangungjawab%20Suami%20Terhadap%20Hak%20Isteri%20dalam%20Kalangan%20Orang%20Melayu.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/20788/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Institusi keluarga yang baik menjadi asas kepada pembangunan masyarakat atau negara. Kemakmuran hidup masyarakat atau negara bergantung kepada keutuhan institusi keluarga. Kedua-dua institusi keluarga dan masyarakat saling berkait antara satu sama lain dalam menentukan corak dan hala tuju pembentukan generasi dan negara. Kekuatan institusi keluarga dan masyarakat akan menentukan kemajuan dan pembangunan negara. Sementara kelemahan kedua-dua institusi ini pula akan menimbulkan pelbagai krisis dan masalah yang meruntuhkan negara. Memandangkan kepentingan kebahagiaan dan kesejahteraan institusi keluarga, Islam telah menentukan peraturan, undang-undang dan syariat seperti perintah dan galakan untuk berkahwin, penetapan hak dan tanggungjawab suami isteri serta hak anak-anak dan hak ibu bapa. Semua perkara ini mempunyai perkaitan yang amat rapat bagi pembentukan sebuah institusi kekeluargaan yang mantap sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Pembentukan sebuah rumah tangga dalam Islam adalah melalui proses perkahwinan yang sah. Perkahwinan akan mengatur kehidupan rumah tangga dan keturunan yang akan menjadi susunan kepada kelompok masyarakat yang besar. Tujuan ini akan tercapai berasaskan kepada eratnya hubungan kasih sayang antara sua mi isteri dan pergaulan yang baik antara mereka.