Menyelesaikan masalah pembangunan akhlak pelajar : analisis penerapan kemahiran generik dalam amalan pendidikan

Pendidikan merupakan proses asas untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Negara. Bagi memcapai hasrat ini, kementerian telah menggariskan unsur kemahiran generik untuk diterapka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Radzi, Musliha Salma, Hamzah, Rohana, Udin, Amimudin
Format: Article
Language:English
Published: faculty of education 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/17068/1/JOE-1-2011-028.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/17068/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan merupakan proses asas untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Negara. Bagi memcapai hasrat ini, kementerian telah menggariskan unsur kemahiran generik untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembacaan literatur kemahiran generik memberi kesan yang memberangsangkan kepada peningkatan intelektual pelajar tetapi kesan terhadap potensi spiritual pelajar tidak menunjukkan yang penerapan kemahiran generik ini selari dengan matlamat pendidikan iaitu melahirkan insan yang seimbang, beriman dan berakhlak mulia. Penerapan kemahiran generik dalam kurikulum di sekolah telah dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar seperti yang telah digariskan dalam matlamat pendidikan. Walaupun telah banyak kemahiran generik sering di perkatakan dalam perlaksanaan kurikulum di sekolah tetapi masih terdapat kejatuhan nilai kemanusiaan pada masa kini yang semakin berleluasa. Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan sejauhmana kemahiran generik yang diterapkan dalam amalan pendidikan hari ini selari dengan matlamat pendidikan dalam melahirkan manuasia sedar kendiri bagi membangunkan akhlak pelajar.