Cabaran Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) membangunkan modal insan sejajar dengan keperluan sektor industri

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) dalam menyediakan modal insan sejajar dengan keperluan industri. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan dengan sampel sejumlah 244 orang. Sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Buntat , Yahya, Saud, Muhammad Sukri, Hussain , Hairul Anuar
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/1493/1/YahyaBuntat2008_CabaranPoliteknikSultanAhmadShah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/1493/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) dalam menyediakan modal insan sejajar dengan keperluan industri. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan dengan sampel sejumlah 244 orang. Sampel terdiri dari pelajar-pelajar semester akhir yang mengikuti kursus dalam bidang kejuruteraan diperingkat sijil. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang melibatkan biodata responden dan bahagian B yang melibatkan maklumbalas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.902. Analisis data dibuat berdasarkan peratusan dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statical Package For Social Science). Dapatan kajian menunjukkan penyediaan pengetahuan dan kemahiran teknikal pelajar yang releven dengan industri berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min=3.7. Hasil kajian mendapati Program Latihan Industri telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengalaman dan kemahiran bekerja pelajar dengan purata min=3.9 (Tinggi). Seterusnya, pelajar-pelajar POLISAS didapati telah menguasai elemen-elemen kemahiran insaniah dengan purata min=3.8 (Tinggi). Kemahiran insaniah ini meliputi kemahiran komunikasi (min=3.82), kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan (min=3.67), kemahiran berfikiran kritis dan penyelesaian masalah (min=3.98) dan kemahiran kepimpinan (min=3.65). Namun hasil kajian ini juga menunjukkan beberapa aspek kelemahan yang perlu diperkemaskan. Antaranya keperluan meningkatkan hubungan yang lebih bermakna dengan pihak industri terutamanya, penglibatan pihak industri dalam merangka dan menilai kurikulum politeknik secara berterusan