Globalisasi dan hubungan etnik
Sebagai suatu fenomena yang telah dan sedang merubah dunia, globalisasi mempengaruhi sebahagian besar hidup kita, secara sedar ataupun tidak, mahu tidak mahu. Dalam era globalisasi, isu-isu budaya dan identiti bangsa, serta isu perpaduan dalam negara menghadapi pelbagai cabaran. Anta...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTM Press
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/14545/1/MuhammadFauziOthman2009_GlobalisasidanHubunganEtnik.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/14545/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sebagai suatu fenomena yang telah dan sedang merubah dunia,
globalisasi mempengaruhi sebahagian besar hidup kita, secara sedar
ataupun tidak, mahu tidak mahu. Dalam era globalisasi, isu-isu budaya
dan identiti bangsa, serta isu perpaduan dalam negara menghadapi
pelbagai cabaran. Antara cabaran yang paling utama ialah bagaimana
globalisasi akan mempengaruhi budaya saintifik dan teknologi di
negara kita ini. Apakah dengan globalisasi kita akan bergerak dari
masyarakat pengguna teknologi, kepada masyarakat penyumbang
peradaban dan teknologi sebagaimana yang dicita-citakan dalam 9
cabaran Wawasan 2020 menerusi ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad
yang bertajuk “The Way Forward” pada tahun 1991.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi merupakan
suatu perkembangan yang amat penting dan boleh membawa
keuntungan kepada kita di Malaysia. Sebagai contoh, kemasukan
maklumat dan ilmu pengetahuan yang cepat dan murah melalui
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan
memberi manfaat yang besar kepada pembangunan tamadun
kita. Peningkatan peluang pendidikan ini akan membawa kepada
peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.
Globalisasi juga sepatutnya membawa interaksi antara tamadun,
dialog serta faham-memahami di kalangan penganut-penganut agama
utama di dunia. Globalisasi tidak sepatutnya melahirkan konflik
agama sebagaimana yang berlaku hari ini. Malah melalui pendedahan
sifat dan perjuangan kemanusiaan seperti usaha menyelamatkan alam sekitar dan hidupan liar, kita sepatutnya melahirkan
a learned
and cultured society
. Ini akan meningkatkan taraf kehidupan dan
tamadun kita. Walau bagaimanapun, tidak semuanya indah belaka
tentang globalisasi.
Selain daripada itu ialah cabaran sosio-budaya yang wujud
akibat kebanjiran pengaruh budaya Barat. Menurut Osman Bakar
(2002), globalisasi yang akan berlaku dalam gelombang yang ketiga
ini tentunya akan terkesan bukan sahaja dalam bidang ekonomi,
perdagangan, teknologi maklumat dan sosio-budaya tetapi juga
dalam bidang kebudayaan, cara hidup dan kepenggunaan. Keadaan
ini jelas berlaku dalam kehidupan seharian kita seperti penguasaannya
dalam makanan. Jenama-jenama makanan transnasional seperti
McDonalds, Kentucky Fried Chicken, A&W, Pepsi, Coca Cola dan
sebagainya sudah begitu sinonim dengan rakyat di negara kita. Inilah
yang dikatakan oleh Wilfred (dlm. Lukman dan Mohd Yusoff, 2003)
sebagai peringkat terkini dominasi ekonomi dan budaya Barat ke
atas dunia. Fenomena ini juga dinamai sebagai penjenamaan global
(Yusniza, 2003). Sekiranya kita ‘berada dalam kasut’ atau pada pihak
Barat, sesungguhnya globalisasi ini mendatangkan terlalu banyak
kebaikan kepada kita sehinggakan nilai-nilai dan budaya pemakanan
kita diikuti orang, namun bagi sesebuah negara kecil dan membangun,
fenomena globalisasi ini tidak mustahil akan memusnahkan jati diri
dan identiti masyarakatnya. Keadaan ini tidak bermaksud bahawa
globalisasi hanyalah sesuatu yang negatif semata-mata tetapi manfaat
yang dibawa juga adalah besar terutamanya dalam bidang pemindahan
teknologi, komunikasi global berpaksikan ICT serta perluasan pasaran
barangan produk kita. Walau bagaimanapun kita harus berhati-hati
apabila menerima kedatangan arus globalisasi ini. |
---|