Kesediaan pelajar tingkatan empat mempelajari mata pelajaran pengajian kejuruteraan awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar, Perak

Kajian ini dijalankan bagi melihat kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran Bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini melibatkan sampel kajian y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamdan, Abdul Rahim, Musa, Nor Hidayah
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/13391/3/JTVEE-2011-2-003.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/13391/
http://proedujournal.com
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi melihat kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran Bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 78 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang mengambil Jurusan Kejuruteraan Awam. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik kerana ia lebih praktikal dan menjimatkan masa. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah _ = 0.906. Data-data mentah dianalisis menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences 13.0 (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan pelajar dari aspek minat, kemahiran Bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar berada pada tahap yang sederhana. Hasil ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat dan kemahiran Bahasa Inggeris antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam. Kajian ini boleh menjadi panduan kepada pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membantu pelajar dalam mengikuti mata pelajaran ini serta dalam mata pelajaran teknikal yang lain. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk kajian lanjutan.