Gaya pemudah cara di sekolah: sejauhmanakah pengetua-pengetua mengamalkannya
Kajian deskriptif ini bertujuan meninjau persepsi guru-guru terhadap gaya pemudah cara perubahan di kalangan pengetua-pengetua dan kaitannya dengan dimensi tingkah laku kepimpinan di sekolah menengah. Terdapat tujuh dimensi tingkah laku yang berkaitan dengan gaya pemudah cara perubahan pengetua yang...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/13285/1/aziziyahpemudahcara.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/13285/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian deskriptif ini bertujuan meninjau persepsi guru-guru terhadap gaya pemudah cara perubahan di kalangan pengetua-pengetua dan kaitannya dengan dimensi tingkah laku kepimpinan di sekolah menengah. Terdapat tujuh dimensi tingkah laku yang berkaitan dengan gaya pemudah cara perubahan pengetua yang dilihat dalam kajian ini iaitu penetapan matlamat, menstruktur dan menyusun semula sekolah, menguruskan perubahan, bekerjasama dan menugaskan kerja, membuat keputusan, memberi bimbingan dan sokongan dan akhir sekali penstrukturan peranan kepimpinan pengetua. Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach adalah 0.9210. Seramai 167 orang guru dipilih sebagai sampel penyelidikan dari 14 buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini Penganalisaan data dilakukan menggunakan parisian “Statistical Package of Social Sciences version 9.0 dengan melakukan analisis secara deskriptif dan inferensi. Selain itu analisa tahap dilakukan berpandukan tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi untuk melihat tiga gaya pemudah cara yang dikaji iaitu gaya responden, pengurus dan perintis. Dapatan kajian menunjukkan gaya pemudah cara pengurus dan perintis adalah pada tahap yang tinggi berbanding gaya pemudah cara responden pada tahap yang sederhana. Di samping itu, kajian juga menunjukkan penstrukturan peranan kepimpinan merupakan aspek utama dalam dimensi tingkah laku yang dibenkan penekanan oleh pengetua-pengetua. Analisis Ujian -t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut persepsi guru lelaki dan perempuan terhadap tiga gaya pemudah cara pengetua. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan gaya pemudah cara pengurus dan perintis mengikut perjawatan. Berdasarkan analisis Inferensi, didapati perhubungan korelasi bagi setiap gaya pemudah cara perubahan dan bagi setiap tujuh dimensi tingkah laku pengetua. |
---|