Pemindahan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mempengaruhi kesan amalan komunikasi antara mentor dan mente: satu kajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia Timur

Literatur program mentor menerangkan bahawa amalan komunikasi antara mentor dan mente yang dilakukan secara aktif, terancang dan jujur boleh membentuk sikap dan tingkah laku individu yang positif. Kesan amalan komunikasi antara mentor dan mente ke atas sikap dan tingkah laku individu (kepimpinan dir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: ISMAIL, AZMAN, HASBULLAH, KAMSIAH, ABU BAKAR, RIZAL, AHMAD, RUSLI, MAD JUNOH, ADANAN
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/1258/1/AzmanIsmail2006_PemindahanPengetahuanKemahiranDanKebolehan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/1258/
http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurnal-kemanusiaan/22-bil-07-jun-2006.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Literatur program mentor menerangkan bahawa amalan komunikasi antara mentor dan mente yang dilakukan secara aktif, terancang dan jujur boleh membentuk sikap dan tingkah laku individu yang positif. Kesan amalan komunikasi antara mentor dan mente ke atas sikap dan tingkah laku individu (kepimpinan diri dan prestasi pengajian) adalah tidak jelas sekiranya pemindahan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan berlaku dalam program mentor. Berdasarkan bukti literatur ini, satu kerangka konseptual telah dibina dan diuji menggunakan kaedah temuduga dan borang soal selidik. Hasil kaji selidik telah berjaya menggumpul 100 borang soal selidik daripada pelajar yang mengikuti program pengajian pada semester tiga sesi 2004/2005 di sebuah universiti awam di Malaysia Timur. Keputusan ujian hipotesis menggunakan analisis regresi hirarki moderasi telah menunjukkan bahawa pemindahan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan hanya meningkatkan kesan amalan komunikasi antara mentor dan mente ke atas kepimpinan diri. Ia gagal meningkatkan kesan amalan komunikasi antara mentor dan mente ke atas prestasi pengajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemindahan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan bertindak sebagai moderator separuh dalam hubungan di antara komunikasi antara mentor dan mente dengan sikap dan tingkah laku individu. Justeru itu, implikasi kajian ini terhadap teori dan amalan mentor, limitasi kerangka teori dan kaedah penyelidikan, serta arah tuju kajian akan datang.