Pendidikan sains, teknologi dan masyarakat

Evolusi sains iaitu Penginstitusian Sains (Institutionalization of Science) pada awal kurun ke-17, Pemakaran Sains (Professionalization of Science) pada akhir kurun ke-17 hingga kurun ke-19 dan Pemasyarakatan Sains (Socialization of Science) pada kurun ke-20 telah mempengaruhi pembentukan dan matlam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sulaiman, Seth
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2000
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/12270/1/SethSulaiman_PendidikanSainsTeknologidanMasyarakat2000.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/12270/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Evolusi sains iaitu Penginstitusian Sains (Institutionalization of Science) pada awal kurun ke-17, Pemakaran Sains (Professionalization of Science) pada akhir kurun ke-17 hingga kurun ke-19 dan Pemasyarakatan Sains (Socialization of Science) pada kurun ke-20 telah mempengaruhi pembentukan dan matlamat kurikulum pendidikan sains di sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi. Pemakaran Sains sebagai contoh telah menjadikan matlamat pembentukan kurikulum sains tahun 1960an dan 1970an sebagai menghasilkan saintis dan ahli tekno1ogi. Perang Dunia Kedua merupakan satu peristiwa sosial yang memaksa sains berinteraksi semula dengan masyarakat (pemasyarakatan). Pendidikan Sains, Teknologi dan Masyarakat adalah satu Model Kurikulum yang sedang hebat diperkatakan bagi memenuhi dua fungsi pendidikan sains iaitu menghasilkan saintis dan juga warganegara yang literat dalam sains. Namun demikian masih banyak isu-isu kurikulum yang perlu diselesaikan. Pendidikan Sains, Teknologi dan Masyarakat menyahut seruan "sains untuk semua" yang bermula pada tahun 1980an sehingga masa kini.