Mengukur tahap prestasi kecergasan fizikal bagi komponen kekuatan dan ketahanan otot atlet tenpin boling sukma 2008 peringkat Negeri Johor

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap prestasi kecergasan fizikal bagi komponen kekuatan dan ketahanan otot atlet tenpin boling SUKMA 2008 peringkat negeri Johor. Dua ujian yang dijalankan bagi mengukur komponen kekuatan dan ketahanan otot iaitu ujian tekan tubi dan ujian bangun tubi. Sub...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Abdul Hafidz, Minhat, Aderemy
Format: Article
Language:English
Published: UTM 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/12141/1/JSS-2011-1-002.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/12141/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap prestasi kecergasan fizikal bagi komponen kekuatan dan ketahanan otot atlet tenpin boling SUKMA 2008 peringkat negeri Johor. Dua ujian yang dijalankan bagi mengukur komponen kekuatan dan ketahanan otot iaitu ujian tekan tubi dan ujian bangun tubi. Subjek terdiri daripada 8 orang atlet tenpin boling SUKMA 2008 peringkat negeri Johor yang berumur antara 13 hingga 21 tahun. Data diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian program “Statistical Packages for Social Science” versi 11.5 (SPSS 11.5). Ujian t digunakan bagi mengukur samada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pos. Aras signifikan yang ditetapkan bagi kajian ini adalah p<0.05. Hasil dapatan kajian untuk ujian tekan tubi bagi atlet lelaki menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan nilai p=.487 dimana ianya lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan. Oleh itu, hipotesis null adalah diterima. Manakala hasil dapatan kajian untuk ujian tekan tubi bagi atlet wanita menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dengan nilai p=.023 dimana ianya lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan. Dengan itu hipotesis null adalah ditolak. Bagi hasil dapatan kajian untuk ujian bangun tubi bagi atlet lelaki menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikandengan nilai p=.023 dimana ianya lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan. Dengan itu hipotesis null adalah ditolak. Bagi hasil dapatan kajian untuk ujian bangun tubi bagi atlet wanita pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dengan nilai p=.048 dimana ianya lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan. Dengan itu hipotesis null adalah ditolak.