Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor

Kajian diskritif ini bertujuan untuk meninjau penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Said, Hamdan, Mohamad, Nurlia
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/12013/1/Penyeliaan_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Di_Sekolah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/12013/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian diskritif ini bertujuan untuk meninjau penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah; dan mengenalpasti implikasi amalan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme guru dari segi peningkatan kualiti pengajaran, perkukuhan hubungan profesionalisme, perkongsian pengalaman dan pengetahuan, dan bantuan kepada guru dalam proses pengajaran. Sampel kajian melibatkan 321 orang guru dari sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi Johor. Soal selidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan hasil analisis dilaporkan dalam bentuk statistik diskriptif. Kebolehpercayaan instrument menggunakan Alpha Cronbach ialah 0.914 bagi bahagian B dan 0.889 bagi Bahagian C. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari segi kualiti guru, perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya penyeliaan pengajaran ini didapati kurang berkesan dalam memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru.