Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian matapelajaran analisis nyata pelajar tahun akhir SPT dan SPM Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata pelajar. Seramai 107 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Matematik) dan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) di Un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haruzuan, Mohd Nihra, Ibrahim, Nurul Azilah
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/12007/1/Faktor.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/12007/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata pelajar. Seramai 107 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Matematik) dan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik yang menggunakan pemeringkatan Skala Likert dan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for Social Science) untuk mendapatkan nilai statistic dalam bentuk frekuensi, peratus dan purata. Purata taburan peratus dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Nilai alpha yang diperolehi adalah 0.954. Hasil kajian mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata pelajar berada pada tahap sederhana. Faktor-faktor yang terlibat adalah faktor isi pelajaran Analisis Nyata, faktor pengetahuan sedia ada, faktor minat, faktor teknik belajar dan faktor rakan sebaya. Kajian ini mendapati faktor rakan sebaya merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata.