Keberkesanan penggunaan kayu hoki jenis kayu dengan kayu hoki jenis komposit di kalangan pemain hoki Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan kayu hoki jenis kayu dengan kayu hoki jenis komposit di kalangan pemain hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seramai lapan orang subjek berumur (18-25 ± 1.95) telah dipilih secara rawak dalam penyelidikan ini. Penyelidikan ini me...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11911/1/Keberkesanan_Penggunaan_Kayu_Hoki_Jenis_Kayu_Dengan_Kayu_Hoki_Jenis_Komposit_Di_Kalangan_Pemain_Hoki_Universiti_Teknologi_Malaysia.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11911/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan kayu hoki jenis kayu dengan kayu hoki jenis komposit di kalangan pemain hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seramai lapan orang subjek berumur (18-25 ± 1.95) telah dipilih secara rawak dalam penyelidikan ini. Penyelidikan ini mengandungi lima jenis ujian kemahiran iaitu ujian kemahiran menggelecek, kemahiran menyungkit, kemahiran memukul (kelajuan), kemahiran memukul (jarak) dan satu ujian mengenai tahap kesakitan kesan penggunaan kedua-dua kayu tersebut. Tahap kesakitan ini dikenali sebagai ‘Delayed Onset Muscle Soreness’ (DOMS) dan diukur dengan menggunakan skor Visual Analog Scale (VAS). Data yang di perolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2003 dan perisian Statistical For Social Science (SPSS) versi 10, dengan tahap signifikan yang ditetapkan ialah p<0.05. Hasil penyelidikan menolak hipotesis null kerana terdapat perbezaan signifikan kesan penggunaan di antara kedua-dua jenis kayu hoki berdasarkan nilai t yang diperolehi. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini ialah penggunaan kayu hoki jenis komposit adalah lebih baik daripada kayu hoki jenis kayu di kalangan pemain hoki UTM. Walau bagaimanapun, terdapat faktorfaktor lain yang mempengaruhi kajian ini berdasarkan dapatan daripada sumbersumber rujukan dan pengamatan penyelidik. |
---|