Persepsi Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar Tingkatan Empat terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Objekt...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11602/1/ http://eprints.utm.my/id/eprint/11602/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar Tingkatan Empat terhadap
penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian ini
merupakan satu kajian kes yang dijalankan di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar,
Perak. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran
guru, penggunaan bahan bantu mengajar, interaksi guru-pelajar, aktiviti pembelajaran pelajar, dan
penilaian yang dilakukan oleh guru. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 responden dari satu kelas
keseluruhan yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian yang digunakan
adalah soal selidik. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik yang disediakan di mana bahagian A
merangkumi maklumat yang berkaitan dengan diri responden manakala bahagian B adalah berkaitan
dengan persoalan kajian bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Data-data
yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)
for Windows versi 14.0 untuk mendapatkan nilai taburan kekerapan, peratusan dan min. Kajian rintis telah
dijalankan terhadap 10 orang responden pelajar tingkatan lima dari sekolah yang sama untuk melihat
kebolehpercayaan item-item soal selidik. Hasilnya, didapati nilai alpha yang diperoleh 0.894 manakala
piawaian bagi item alpha ialah 0.925. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajarpelajar
terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan
adalah bersifat neutral. Ini menunjukkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran
Lukisan Kejuruteraan belum sampai ke tahap yang memuaskan pada pandangan pelajar.
Katakunci: bahasa Inggeris, pengajaran dan pembelajaran, Lukisan Kejuruteraan |
---|