Meninjau Perlaksanaan Kerja Kursus Kemahiran Hidup Pilihan Ekonomi Rumah Tangga Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu Dan Tingkatan Dua Di Sekolah Menengah Selayang Baru, Selangor.
Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang mempunyai pelbagai pilihan elektif bagi memudahkan pelajar membuat pilihan mengikut minat mereka. Setiap elektif mempunyai kerja kursus yang perlu disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kriteria-kriteria tertentu. Kerja kursus yang...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11601/1/Meninjau_Perlaksanaan_Kerja_Kursus_Kemahiran_Hidup_Pilihan_Ekonomi_Rumah_Tangga_Di_Kalangan_Pelajar_Tingkatan_Satu_Dan_Tingkatan_Dua_Di_Sekolah_Menengah.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11601/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang mempunyai pelbagai pilihan elektif bagi
memudahkan pelajar membuat pilihan mengikut minat mereka. Setiap elektif mempunyai kerja kursus
yang perlu disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kriteria-kriteria tertentu. Kerja kursus
yang tidak berkualiti akan menjejaskan prestasi pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.
Oleh itu kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kerja kursus
jahitan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Antara faktor yang ingin dikaji ialah faktor
pengurusan masa, minat pelajar, kemahiran sedia ada pada pelajar berkaitan penggunaan mesin jahit dan
kemudahan peralatan serta bahan yang disediakan kepada pelajar untuk melaksanakan kerja kursus
jahitan. Seramai 30 orang pelajar dari tingkatan satu dan 50 orang pelajar dari tingkatan dua dipilih
sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik yang mengandungi
dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden dan bahagian B mengandungi itemitem
yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Data-data yang diperolehi diproses dengan
menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science Version 14.0 ( SPSS 14.0). Hasil kajian
menunjukkan pelajar mempunyai minat yang tinggi ( 82.6% ) dalam perlaksanaan kerja kursus. Walau
bagaimana pun, kekurangan kemahiran sedia ada pelajar dan kekurangan kemudahan yang disediakan
menyebabkan kerja kursus yang dihasilkan tidak berkualiti. Akhir sekali beberapa cadangan dikemukakan
kepada pihak Kementerian, pihak sekolah, guru-guru dan pelajar sebagai alternatif untuk melancarkan
perlaksanaan kerja kursus dan produk kerja kursus yang dihasilkan berkualiti tinggi selaras dengan
kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Katakunci: Kemahiran Hidup |
---|