Hubungan Antara Keupayaan Memantau Pengetahuan Dengan Pencapaian Dalam Lukisan Kejuruteraan Pelajar Tahun Dua Jabatan Teknikal Dan Kejuruteraan Di UTM
Keupayaan Memantau Pengetahuan (KMP) merupakan salah satu daripada tiga komponen yang terkandung dalam metakognisi. Kajian ini memfokuskan kepada hubungan antara Keupayaan Memantau Pengetahuan dari aspek keupayaan ruang dengan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Seramai...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11554/1/Hubungan_Antara_Keupayaan_Memantau_Pengetahuan_Dengan_Pencapaian_Dalam_Lukisan_Kejuruteraan_Pelajar_Tahun_Dua_Jabatan_Teknikal_Dan_Kejuruteraan_Di_UTM.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11554/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keupayaan Memantau Pengetahuan (KMP) merupakan salah satu daripada tiga komponen yang terkandung dalam metakognisi. Kajian ini memfokuskan kepada hubungan antara Keupayaan Memantau Pengetahuan dari aspek keupayaan ruang dengan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Seramai 34 orang pelajar lelaki dan 64 pelajar perempuan dipilih untuk menjalani kajian ini. Dua set instrumen iaitu Card Rotation Test (S-1) dan Paper Folding Test (VZ-2) telah digunakan untuk mendapatkan persepsi terhadap keupayaan ruang dan keupayaan ruang sebenar pelajar. Perbandingan di antara skor keduanya digunakan bagi mendapatkan Keupayaan Memantau Pengetahuan. Koefisien kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) untuk persepsi terhadap keupayaan ruang S-1 ialah 0.88 dan VZ-2 pula ialah 0.90. Koefisien kebolehpercayaan bagi ujian keupayaan ruang pula ialah 0.98 (S-1) dan 0.86 (VZ-2). Kaitan antara Keupayaan Memantau Pengetahuan pelajar dengan pencapaian di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah dikaji. Dapatan kajian menunjukkan Keupayaan Memantau Pengetahuan pelajar yang berada di tahap menganggar dengan tepat ialah seramai 31 orang. Pelajar yang menganggar lebih dari keupayaan sebenar (overestimation) dan menganggar kurang dari keupayaan sebenar (underestimation) masing-masing ialah seramai 32 dan 37 orang. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan dalam KMP antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki menganggar kurang dari keupayaan sebenar manakala pelajar perempuan pula menganggar lebih dari keupayaan sebenar Keputusan analisis juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian Lukisan Kejuruteraan 1 dengan tahap Keupayaan Memantau Pengetahuan. Cadangan-cadangan daripada hasil kajian turut dikemukakan pada akhir laporan ini. |
---|