Kajian Terhadap Stres Dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya, Johor Bahru Dari Aspek Personaliti

Stres dan personaliti adalah perkara yang lumrah dalam kehidupan kita pada masa kini. Oleh yang demikian, kajian punca dan tahap stres dikalangan guru merupakan satu senario yang agak subjektif. Ianya merupakan satu kajian tinjauan bagi melihat punca, tahap stres dan tahap stres dari aspek personali...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan , Johari, Md Suandi, Noornazifah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11472/1/Kajian_Terhadap_Stres_Dikalangan_Guru_Sekolah_Rendah_Di_Zon_Permas_Jaya.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11472/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Stres dan personaliti adalah perkara yang lumrah dalam kehidupan kita pada masa kini. Oleh yang demikian, kajian punca dan tahap stres dikalangan guru merupakan satu senario yang agak subjektif. Ianya merupakan satu kajian tinjauan bagi melihat punca, tahap stres dan tahap stres dari aspek personaliti dikalangan guru sekolah rendah di zon Permas Jaya, Johor Bahru. Seramai 118 orang responden telah dipilih secara rawak berstrata (kuota) dalam menjayakan kajian ini. Enam buah sekolah rendah di zon ini telah dijadikan oleh penyelidik sebagai tempat kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik, skala likert 5 mata digunakan bagi tahap stres manakala bagi tahap stres dari aspek personaliti skala berpandukan kepada set ujian Malek Mukamat Said (2004). Data di analisis menggunakan perisian komputer “Statistical Packages for Social Science” (SPSS 15.0). Hasil dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk diskriptif (frekuensi dan peratusan). Dapatan kajian menunjukkkan bahawa guru sekolah rendah mengalami tahap stres yang rendah dan mereka juga menghadapi tahap stres dari aspek personaliti yang sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap stres tidak dipengaruhi oleh personaliti responden. Faktor-faktor seperti bebanan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar tidak mempengaruhi tahap stres guru.