Pembinaan Modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada cadangan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hushin , Hassan, Mohd Nor, Mohammad Rudzuan
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11405/1/Pembinaan_Modul_Program_Pembangunan_Kepimpinan_Pelajar_Tahun_Satu.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11405/
https://www.academia.edu/3019674/Pembinaan_Modul_Program_Pembangunan_Kepimpinan_Pelajar_Tahun_Satu_Fakulti_Pendidikan_Universiti_Teknologi_Malaysia
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada cadangan daripada kajian yang telah dijalankan bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut Model Drum (1981) yang memberi penekanan kepada tiga unsur untuk membangunkan program yang berkualiti. Modul yang telah dibina ini telah disusun dalam unit-unit kecil, unit pertama akan mendedahkan pelajar berkaitan dengan kepimpinan, unit kedua akan membantu pelajar mempertingkatkan amalan berkomunikasi sesama pelajar dan unit ketiga akan membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM bagi menangani masalah pelajar pada peringkat awal untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus dan gaya pembelajaran di universiti melalui Program Pembangunan Kepimpinan.