Amalan Keselamatan Bengkel Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup Semasa Melakukan Kerja-Kerja Amali Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 3 aliran kemahiran hidup semasa melakukan kerjakerja amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Soal selidik digunak...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11333/1/Amalan_Keselamatan_Bengkel_Di_Kalangan_Pelajar.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11333/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 3 aliran kemahiran hidup semasa melakukan kerjakerja amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrument kajian yang diedarkan kepada 98 orang pelajar. Tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan berkaitan dengan keselamatan bengkel. Analisis kajian dibuat berdasarkan kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) versi 13.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 20 orang responden. Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.737. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dapat mengamalkan dengan baik langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Beberapa cadangan diberi untuk meningkatkan mutu keselamatan di kalangan pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di masa akan datang. |
---|