Perbandingan Tahap Prestasi Atlet Memanah Melalui Ujian Blind Shoot Dan Ujian Pernafasan
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap prestasi atlet memanah melalui ujian blind shoot dan ujian pernafasan serta melihat perkaitan antara teknik pernafasan yang efisien dengan konsentrasi dalam memanah. Sampel kajian (N=5) terdiri daripada pemanah lelaki dan wanita SUKMA Johor. Ujian dijalank...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11332/1/Perbandingan_Tahap_Prestasi_Atlet_Memanah_Melalui_Ujian.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11332/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap prestasi atlet memanah melalui ujian blind shoot dan ujian pernafasan serta melihat perkaitan antara teknik pernafasan yang efisien dengan konsentrasi dalam memanah. Sampel kajian (N=5) terdiri daripada pemanah lelaki dan wanita SUKMA Johor. Ujian dijalankan secara pre dan post. Sampel menjalani latihan konsentrasi (latihan blind shoot) dan pernafasan (latihan pernafasan 1424) selama enam minggu. Ujian yang dijalankan adalah ujian blind shoot dan ujian pernafasan menggunakan Biopac Student Lab MP30 (Pulmonary Function 1). Keputusan ujian-t sampel berpasangan bagi ujian blind shoot menunjukkan skor min sebelum latihan (M= 10.36, SD= 6.86) adalah lebih tinggi berbanding skor min selepas latihan (M= 8.18, SD= 6.57). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara data pre dan post iaitu t(4) = 1.974, p = 0.12. Bagi ujian pernafasan pula menunjukkan skor min sebelum latihan (M= 1.89, SD= 0.57) adalah lebih rendah dan berbeza secara signifikan berbanding dengan skor min selepas latihan (M= 2.43, SD= 0.39), t(4)= -3.58, p=0.023. Dapatan kajian menunjukkan tahap prestasi atlet memanah dari aspek konsentrasi dan pernafasan adalah baik kerana terdapat peningkatan daripada ujian pre dan post. Ini bermakna, teknik pernafasan 1424 (Kim, 1987) yang telah dicadangkan adalah teknik pernafasan yang efisien untuk atlet memanah. Pernafasan yang efisien dapat memberikan konsentrasi pada jangka waktu yang dikehendaki dalam memanah (Franz, 1999). |
---|