Keberkesanan PBK Bertajuk Statistik (II) Yang Disediakan Oleh KPM Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Tiga Di Dua Buah Sekolah Daerah Kota Tinggi, Johor

Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Perisian Komputer (PBK) bagi Tajuk Statistik(II) yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 di 2 buah sekolah Daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif yang dirancang iaitu keberkesan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Salleh, Shaharuddin, Misman, Hanapi
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10934/1/Keberkesanan_PBK_Bertajuk_Statistik__II__Yang_Disediakan_Oleh_KPM_Bagi_Pelajar-Pelajar_Tingkatan_Tiga_Di_Dua_Buah_Sekolah_Daerah_Kota_Tinggi%2C_Johor.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10934/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Perisian Komputer (PBK) bagi Tajuk Statistik(II) yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 di 2 buah sekolah Daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif yang dirancang iaitu keberkesanan diantara kaedah pengajaran menggunakan perisian dan kaedah pengajaran bercorak tradisional. Selain dari itu kajian mengenai faktor – faktor keberkesanan dan faktor – faktor ketidakkeberkesanan PBK juga dilaksanakan. Seramai 80 orang pelajar tingkatan tiga dipilih daripada dua buah sekolah menengah yang mewakili pengajaran PBK dan tradisional. Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu satu set soal selidik mengenai PBK dan satu set soal selidik mengenai pengajaran tradisional. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah ? = .9283 untuk pengajaran PBK dan ? = .8736 untuk pengajaran tradisional. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Science Social (SPSS) versi 11.5. Statistik diskriptif iaitu pengiraan min keseluruhan digunakan untuk menganalisis data dalam kajian ini. Analisis data telah menunjukkan purata min keseluruhan pembelajaran PBK berada ditahap yang tinggi iaitu 3.98. Faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran PBK mencatatkan jumlah peratusan yang tinggi iaitu penyampaian (77.5%), aktiviti (70%), warna (67.5%), kejelasan (82.5%), kejelasan tulisan (90%), muzik (60%), animasi (67.5%), latihan (75%), kelancaran (80%) dan kepuasan (75%). Manakala jumlah peratusan yang mempengaruhi ketidakkeberkesanan PBK ialah penyampaian (22.5%), aktiviti (30%), warna (32.5%), kejelasan (17.5%), kejelasan tulisan (10%), muzik (40%), animasi (32.5%), latihan (25%), kelancaran (20%) dan kepuasan (25%). Secara keseluruhannya, penggunaan bahan bantu mengajar berbantukan perisian komputer telah memberi kesan yang positif ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.