Pemikiran Raja Ali Haji tentang sifat dengki: Analisis terhadap Thamarat Al-Muhimmah dan Tuhfat Al-Nafis

Dengki merupakan salah satu masalah psikologi yang boleh mencetuskan pelbagai impak negatif seperti fitnah, perkelahian dan pembunuhan. Sifat ini mendapat perhatian khusus Raja Ali Haji secara teori dalam bahagian penutup Thamarat al-Muhimmah (karya ketatanegaraan) manakala contoh-contoh realiti ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kasa, Annuar Ramadhon, Abdullah, Akmaliza
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/108838/1/AkmalizaAbdullah2022_PemikiranRajaAliHajiTentangSifatDengki.pdf
http://eprints.utm.my/108838/
http://dx.doi.org/10.11113/umran2022.9n3.577
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dengki merupakan salah satu masalah psikologi yang boleh mencetuskan pelbagai impak negatif seperti fitnah, perkelahian dan pembunuhan. Sifat ini mendapat perhatian khusus Raja Ali Haji secara teori dalam bahagian penutup Thamarat al-Muhimmah (karya ketatanegaraan) manakala contoh-contoh realiti berbentuk sejarah dapat dilihat dalam Tuhfat al-Nafis (karya sejarah). Justeru, artikel ini akan menganalisis pemikiran Raja Ali Haji tentang dengki dalam kedua-dua karya tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mengaplikasikan metode kajian kepustakaan bagi mengumpul data. Manakala metode analisis tekstual dengan pendekatan induktif diaplikasikan bagi menganalisis data. Kajian ini merumuskan pandangan Raja Ali Haji secara holisitik terhadap dengki merangkumi definisi, balasan, contoh-contoh sejarah dan penawarnya. Menurut beliau, dengki merupakan salah satu krisis disposisi dalaman manusia yang berorientasikan kezaliman. Penayangan sifat dengki dalam kedua- dua karya tersebut mencerminkan matlamat beliau untuk melahirkan manusia yang baik dengan membebaskan diri daripada dengki. Usaha-daya pembebasan daripada krisis dalaman yang berorientasikan kezaliman adalah suatu yang signifikan dalam usaha melahirkan manusia yang baik kerana dengki mengkonsekuensikan sejumlah kerugian kepada diri pelaku di dunia dan akhirat.