Pengetahuan prinsip Kimia Hijau - pencegahan, atom ekonomi dan penggunaan sumber bahan mentah boleh diperbaharui dalam kalangan murid tingkatan 4 di Malaysia.
Kimia hijau merupakan satu pendekatan pembelajaran penting yang memberi pendidikan mengenai kelestarian alam sekitar melalui implimentasi 12 prinsip yang diperkenalkan sejak penghujung 1990an. Namun kejayaan pendekatan ini bergantung kepada tahap pengetahuan murid-murid terhadap ke semua prinsip yan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTHM
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/108758/1/KartiniAbdullPatah2023_KnowledgeofGreenChemistryPrinciples%20PreventionAtom.pdf http://eprints.utm.my/108758/ http://dx.doi.org/10.30880/jstard.2023.05.02.005 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kimia hijau merupakan satu pendekatan pembelajaran penting yang memberi pendidikan mengenai kelestarian alam sekitar melalui implimentasi 12 prinsip yang diperkenalkan sejak penghujung 1990an. Namun kejayaan pendekatan ini bergantung kepada tahap pengetahuan murid-murid terhadap ke semua prinsip yang terkandung dalam kimia hijau. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan tiga prinsip kimia hijau dalam kalangan murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran kimia di sekolah. Tiga prinsip tersebut ialah pencegahan, atom ekonomi dan penggunaan sumber bahan mentah daripada sumber yang boleh diperbaharui. Kajian berbentuk kualitatif dijalankan melibatkan 80 murid sekolah menengah. Satu set solan Ujian Pengetahuan _Kimia Hijau (UP_KH) di tadbirkan di dalam kajian ini. Data di analisis secara analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar memiliki pengetahuan yang rendah terhadap prinsip kimia hijau iaitu pencegahan , atom ekonomi dan penggunaan sumber bahan mentah daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Pengetahuan murid mengenai prinsip pencegahan adalah bersifat umum untuk mencegah pencemaran alam sekitar. Ia memfokuskan tiga aspek umum iaitu tindakan undang-undang, kempen dan pengurusan sisa. Murid mempunyai pengetahuan yang rendah dalam prinsip atom ekonomi dan tidak dapat membuat perkaitan yang betul di antara nilai atom ekonomi dengan tahap keberkesanan suatu tindak balas. Pengetahuan murid juga didapati rendah mengenai sumber bahan mentah boleh diperbaharui dan kepentingan implimentasinya dalam sesuatu tindak balas kimia. Pengetahuan mengenai prinsip-prinsip kimia hijau adalah sangat penting untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kedah pencegahan peringkat awal bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. |
---|