Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres serta tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data bagi kajian berbent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Kosnin , Azlina, Jantan, Shiqah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10719/1/Tahap_Stres_Dan_Tahap_Kepuasan_Kerja_Dalam_Kalangan_Pensyarah_Universiti_Teknologi_Malaysia.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10719/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres serta tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data bagi kajian berbentuk kuantitatif ini. Kaedah persampelan dilakukan secara persampelan sistematik. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan instrumen adalah α = 0.83. Responden kajian terdiri daripada 128 orang pensyarah dan pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia daripada pelbagai fakulti. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science Windows 13) dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min untuk item-item yang berkaitan dengan tahap stres dan tahap kepuasan kerja. Bagi menguji perbezaan tahap stres dan tahap kepuasan kerja antara lelaki dan perempuan, penyelidik menggunakan Ujian-t. Manakala Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mendapatkan perhubungan antara tahap stres dengan tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja. Hasil kajian menunjukkan tahap stres dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia adalah rendah. Tahap kepuasan kerja bagi semua aspek adalah tinggi kecuali bagi aspek peraturan tempat kerja adalah pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres antara pensyarah lelaki dan perempuan. Dapatan juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja dari aspek persekitaran tempat kerja dan hubungan interpersonal. Manakala terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja dari aspek beban kerja dan peraturan tempat kerja.