Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Kursus Penyediaan Makanan Bagi Tajuk Diet Dan Diabetes, Diet Dan Hipertensi

Bahan pengajaran dan pembelajaran memenuhi keperluan kurikulum dan menekankan kepada penglibatan pelajar bagi memastikan pembangunan sumber manusia dalam bidang tertentu tidak terjejas. Oleh itu untuk memastikan pelajar dapat menguasai pengetahuan dengan lebih mudah, maka penyelidik telah membuat pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Sarimah, Kamis, Zuraila
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10602/1/PEMBINAAN_DAN_PENILAIAN_KESESUAIAN_MODUL_PENGAJARAN_KENDIRI_KURSUS_PENYEDIAAN_MAKANAN_BAGI_TAJUK_DIET_DAN_DIABETES.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10602/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahan pengajaran dan pembelajaran memenuhi keperluan kurikulum dan menekankan kepada penglibatan pelajar bagi memastikan pembangunan sumber manusia dalam bidang tertentu tidak terjejas. Oleh itu untuk memastikan pelajar dapat menguasai pengetahuan dengan lebih mudah, maka penyelidik telah membuat penilaian formatif ke atas Modul Pengajaran Kendiri Diet dan Diabetes dan Modul Pengajaran Kendiri Diet dan Hipertensi bagi kursus Penyediaan Makanan untuk menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. MPK ini di bina dengan menggunakan Model Teras – Cabang (Shaharom, 1994). Penilaian status kesesuaian MPK melalui tiga peringkat iaitu kajian rintis oleh seorang pensyarah yang mengajar kursus Penyediaan Makanan, Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh seorang pensyarah yang mengajar kursus Penyediaaan Makanan dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) yang dinilai oleh tiga pensyarah yang mengajar kursus Penyediaan Makanan dengan lima pembolehubah mengikut teks, gambar rajah, objektif pembelajaran, soalan dan aktiviti pembelajaran. Alat kajian yang digunakan bagi PFSS dan PFKK terdiri daripada satu set protokol temubual berstruktur dan soalan soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Daripada dapatan kajian menunjukkan kedua-dua MPK Diet dan Diabetes dan Diet dan Hipertensi sesuai digunakan sebagai bahan P&P.