Pembangunan Laman Web Geometri Pepejal Matematik Tingkatan Dua Berasaskan Permainan

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman Web yang berasaskan permainan dalam tajuk Geometri Pepejal tingkatan dua. Penghasilan permainan khas untuk digunakan dalam kelas mengambil masa yang lama serta kos yang tinggi. Oleh itu, dengan membangunkan laman web berasaskan permainan ini sedik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tasir, Zaidatun, Jamli, Zuriyati
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10601/1/PEMBANGUNAN_LAMAN_WEB_GEOMETRI_PEPEJAL_MATEMATIK.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10601/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman Web yang berasaskan permainan dalam tajuk Geometri Pepejal tingkatan dua. Penghasilan permainan khas untuk digunakan dalam kelas mengambil masa yang lama serta kos yang tinggi. Oleh itu, dengan membangunkan laman web berasaskan permainan ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna mengaplikasikan permainan yang sedia ada ke dalam kelas tanpa perlu membangunkannya sendiri. Ini sekaligus dapat menjimatkan masa serta kos pengguna. Laman web ini dibangunkan khas untuk tajuk Geometri Pepejal tingkatan dua sahaja. Semua permainan yang disediakan telah dibangunkan mengikut subtopik yang ada dalam tajuk Geometri Pepejal. Di antara subtopik yang dibincangkan adalah ciri-ciri, bentangan dan luas permukaan geometri pepejal. Terdapat enam buah permainan yang berkaitan dengan subtopik geometri pepejal telah dimuat naik ke dalam laman web ini. Laman web ini telah dibangunkan sepenuhnya dengan menggunakan perisian Dreamweaver 8, Adobe Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop CS2. Laman web ini berpotensi untuk menarik minat pengguna dalam tajuk Geometri Pepejal sekaligus menaikkan prestasi mereka dalam Matematik.