Kesesuaian Kemahiran Asas Pertanian Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian Ke Arah Persediaan Menceburi Bidang Usaha Tani

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kemahiran asas pertanian di sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian ke arah persediaan menceburi bidang usahatani. Responden kajian ini melibatkan semua pelajar tingkatan empat yang mengambil jurusan Sains Pertanian. Seramai 60 0rang pelajar d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Buntat, Yahya, Mohd. Zahari, Norakmal
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10437/1/KESESUAIAN_KEMAHIRAN_ASAS_PERTANIAN_DI_SEKOLAH_MENENGAH_TEKNIK.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10437/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kemahiran asas pertanian di sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian ke arah persediaan menceburi bidang usahatani. Responden kajian ini melibatkan semua pelajar tingkatan empat yang mengambil jurusan Sains Pertanian. Seramai 60 0rang pelajar dari sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terlibat sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 44 item soalan. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.875. Data diperolehi dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS for window version 11,5) bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran asas pertanian sangat sesuai dipelajari oleh pelajar sebagai persediaan dalam kerjaya pertanian. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan mata pelajaran Sains Pertanian selari dengan keperluan kerjaya di dalam bidang pertanian iaitu meliputi min sebanyak 3.68, pelajar mempunyai kemahiran yang cukup dalam pendidikan Sains Pertanian adalah sebanyak 3.88, pelajar berminat dalam mata pelajaran Sains Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69 iaitu kesemua persoalan kajian berada pada tahap yang tinggi.