Persepsi Pelajar Terhadap Program Membudayakan Al-Quran Dalam Meningkatkan Tahap Keupayaan Pembacaan Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid. Satu Kajian Di Smk Dato Bentara Luar
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan Program Membudayakan al-Quran serta faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid. Antara faktor-faktornya ialah faktor ibu bapa, faktor guru, faktor rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor Bahan Bantu Men...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10434/1/PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_PROGRAM_MEMBUDAYAKAN.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10434/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan Program Membudayakan al-Quran serta faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid. Antara faktor-faktornya ialah faktor ibu bapa, faktor guru, faktor rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor Bahan Bantu Mengajar (BBM). Sampel kajian ini melibatkan 99 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Luar sebagai responden, 45 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 54 orang pelajar perempuan. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik mengikut skala likert 5 point. Penyelidik telah menggunakan soal selidik sebagai intrumen kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 30 item telah diedarkan kepada responden. Manakala data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) versi 14.0. Hasil kajian rintis yang telah dilakukan menunjukkan nilai-Cronbach’s Alpha 0.832. Hasil dari penganalisaan data ini diterangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min mengikut jumlah responden. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, tahap keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid di kalangan pelajar-pelajar yang terlibat adalah sederhana iaitu 73.76%. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan agar ianya dapat dijadikan panduan untuk mempertingkatkan lagi kualiti Program Membudayakan al-Quran oleh Jabatan Agama Johor (JAJ). |
---|