Taksonomi gaya pembelajaran dan tingkat motivasi pelajar dewasa (PKPGB) di institusi pengajian tinggi awam Malaysia
Tujuan kajian adalah untuk menentukan taksonomi gaya pembelajaran pelajar, dan motivasi belajar pelajar dewasa. Sampel kajian terdiri daripada 321 orang pelajar tahun dua Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPGB) yang dipilih secara rawak bertujuan dari tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTM Press
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10409/1/AbdulRahimHamdan2007_TaksonomiGayaPembelajarandanTingkat.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10409/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian adalah untuk menentukan taksonomi gaya pembelajaran pelajar, dan motivasi belajar pelajar dewasa. Sampel kajian terdiri daripada 321 orang pelajar tahun dua Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPGB) yang dipilih secara rawak bertujuan dari tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan amalan gaya pembelajaran pelajar dan motivasi belajar. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal-selidik untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Perbandingan nilai min dan Ujian Anova digunakan sebagai asas dapatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taksonomi pembelajaran dalaman adalah dalaman aras pertengahan (min, 3.00) dan taksonomi pembelajaran luaran adalah luaran aras pertengahan (min, 3.15). Taksonomi motivasi belajar intrinsik adalah intrinsik aras rendah (min, 2.11) dan taksonomi motivasi belajar ekstrinsik pada ekstrinsik aras pertengahan (min, 3.82). Daripada segi pencapaian pelajar didapati secara keseluruhannya pelajar PKPGB berada pada tahap pencapaian sederhana iaitu pada min CGPA 3.38. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (u=O.OO I) motivasi ekstrinsik dikalangan pelajar PKPGB berdasarkan universiti, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pembelajaan dalaman, pembelajaran luaran dan motivasi intrinsik. Ini menunjukkan bahawa pelajar dewasa belajar adalah atas faktor-faktor tertentu seperti pengiktirafan dan pensijiJan. Pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan agar mereka ini dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi semasa belajar untuk peningkatan kompetensi kerjaya mereka. |
---|