Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar

Tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan bakal guru Fizik telah menarik perhatian ramai pengkaji. Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan bakal guru Fizik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) semasa Latihan Mengajar (LM...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noordin, Shaharom, Zainal Abiden, Nur Faizah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10259/2/Nur_Faizah_binti_Zainal_Abiden.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10259/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan bakal guru Fizik telah menarik perhatian ramai pengkaji. Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan bakal guru Fizik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) semasa Latihan Mengajar (LM). Kajian ini hanya melibatkan dua aspek penggunaan BBM iaitu kemahiran penggunaan dan kepentingan penggunaan BBM. Seramai 38 orang, 12 orang lelaki dan 26 orang perempuan pelajar tahun empat daripada dua program pengajian Fizik terlibat sebagai peserta kajian ini. Dua pembolehubah bebas digunakan dalam kajian ini iaitu program pengajian dan jantina. Reka bentuk kajian adalah melalui kaedah tinjauan dan alat kajian yang digunakan adalah Soal Selidik Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Mata Pelajaran Fizik yang terdiri daripada 10 item pilihan kekerapan dan 30 item pilihan skala Likert serta satu soalan terbuka. Kebolehpercayaan alat kajian ini ialah .86. Analisis Statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus, min, sisihan lazim, markat maksimum dan markat minimum digunakan untuk menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program pengajian dan jantina iaitu masing-masing pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya, usaha untuk meningkatkan tahap penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik boleh dipergiatkan lagi untuk mencapai matlamat pembelajaran yang berkesan.