Pembangunan Modul “Basic Of Electric And Electronic”

Modul merupakan bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar secara sendiri. Penggunaan modul bukan sahaja dapat membantu pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung di dalam modul. Justeru itu, projek tel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arsat, Mahyuddin, Shafie, Norshahidah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10252/2/Norshahidah_binti_Shafie.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10252/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Modul merupakan bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar secara sendiri. Penggunaan modul bukan sahaja dapat membantu pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung di dalam modul. Justeru itu, projek telah dijalankan untuk menghasilkan sebuah modul yang bertajuk “Basic of Electric and Electronic”. Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan modul akademik dalam bahasa Inggeris. Disamping itu, modul ini dibangunkan berdasarkan Model Pembangunan Modul Sidek dan Teori Beban Kognitif. Modul berkenaan mengandungi satu topik utama iaitu Passive Component dan terbahagi kepada tiga sub topik iaitu Resistor, Capacitor dan Inductor. Setiap sub topik mengandungi hasil pembelajaran (objektif), pengenalan, isi pelajaran, dan aktiviti yang dilengkapi dengan gambar rajah berlabel sebagai rujukan dan contoh. Penilaian modul terbahagi kepada tiga iaitu, kesahan, kebolehpercayaan dan penilaian keberkesanan. Seramai dua orang pakar bidang Electric and Electronic menilai kesahan modul, lapan belas orang pelajar 1 SPH (PERTANIAN) menilai kebolehpercayaan modul dan 24 orang pelajar 1 SPH (ERT) terlibat dalam penilaian keberkesanan modul. Penghasilan modul ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari topik ini dengan lebih baik dan jelas.