Kemahiran Generik Dalam Faktor Pemilihan Jurutera Mengikut Perspektif Industri Pembinaan

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kemahiran generik dalam faktor pemilihan jurutera mengikut perspektif industri. Kemahiran yang berkaitan dikategorikan kepada kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arsat, Mahyuddin, Abd Kadir, Norrafidah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10251/2/Norrafidah_bt_Abd_Kadir.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10251/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau kemahiran generik dalam faktor pemilihan jurutera mengikut perspektif industri. Kemahiran yang berkaitan dikategorikan kepada kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, etika dan moral, kemahiran keusahawanan dan kemahiran kepimpinan. Kajian ini melibatkan responden seramai 44 orang majikan di industri pembinaan. Data untuk kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang mengandungi 64 item dan mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah 0.98. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti dan menganalisis persepsi majikan kepada keutamaan, tahap dan citarasa industri terhadap kemahiran generik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Window Version 11.5. Analisis kajian dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati bahawa majikan lebih mengutamakan kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan dan etika moral professional dalam industry pembinaan. Tahap kemampuan jurutera berada pada tahap tinggi. Namun demikian, kemahiran keusahawanan kurang memenuhi citarasa industri. Kajian ini juga memberikan cadangan di mana pihak universiti, industri dan graduan haruslah peka terhadap kepentingan kemahiran generik dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh dilakukan.