Pandangan Guru Terhadap Pengurangan Waktu Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Daripada Empat Waktu Kepada Tiga Waktu: Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Teras dan Bahagian Pilihan. Terdapat banyak topik yang guru perlu mengajar bagi menghabiskan silibus dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pengurangan waktu pengajaran daripada empat waktu kepada tiga waktu seminggu m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mukhari, Abd. Wahid, Liew, Pui San
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10238/2/Liew_Pui_San.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10238/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Teras dan Bahagian Pilihan. Terdapat banyak topik yang guru perlu mengajar bagi menghabiskan silibus dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pengurangan waktu pengajaran daripada empat waktu kepada tiga waktu seminggu mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap kesan pengurangan waktu pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu daripada empat waktu kepada tiga waku di Sekolah Menengah daerah Hilir Perak. Seramai 62 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu daripada 11 buah Sekolah Menengah daerah Hilir Perak telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan satu set soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru tersebut. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) Versi 11.0. Kajian rintis memperolehi keputusan pekali alpha sebanyak 0.845. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa (i) pengurangan waktu pengajaran menyebabkan pelajar menghadapi kesuntukan masa untuk menjalankan aktiviti amali di bengkel (ii) pengurangan waktu pengajaran menyebabkan responden kesukaran menilai kerja amali pelajar.