Tahap Kompetensi Keusahawanan Dalam Kalangan Usahawan Teknikal Kontraktor Elektrik Kelas III Bertaraf Bumiputera Di Sekitar Kawasan Johor Bahru
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi keusahawanan dalam kalangan usahawan teknikal Kontraktor Elektrik Kelas III bertaraf Bumiputera yang melibatkan tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan kreativiti. Keempat-empat aspek tersebut mencakupi tiga belas kompetensi keusahawanan i...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10208/1/Nur%E2%80%99ain_binti_Baharin.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10208/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi keusahawanan dalam
kalangan usahawan teknikal Kontraktor Elektrik Kelas III bertaraf Bumiputera yang melibatkan
tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan kreativiti. Keempat-empat aspek tersebut mencakupi
tiga belas kompetensi keusahawanan iaitu inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan,
keupayaan mencari maklumat, menitik beratkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap
perjanjian kerja, berorientasi ke arah kecekapan, membuat perancangan yang sistematik,
menyelesaikan masalah secara kreatif, yakin terhadap keupayaan diri, ketegasan, meyakinkan
orang lain dan menggunakan strategi pengaruh. Seramai 40 orang responden iaitu Kontraktor
Elektrik kelas III bertaraf Bumiputera di sekitar kawasan Johor Bahru telah terlibat dalam kajian
ini. Metodologi yang digunakan ialah berbentuk soalan soal selidik yang terbahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Data-data dikumpul dan dianalisis dengan
menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science (SPSS) v14” untuk mencari
peratusan dan min bagi mendapatkan hasil kajian. Secara keseluruhan, tahap kompetensi mereka
berada pada tahap yang tinggi. Walaupun begitu, terdapat sebahagian dari tiga belas kompetensi
keusahawanan yang diabaikan oleh mereka dan perlu diberi penekanan. |
---|