Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Oleh Pelajar Kritis Dan Kreatif Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Skudai
Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan satu komponen penting dalam strategi berfikir pelajar sepertimana yang terkandung dalam Model Kemahiran Berfikir Pusat Pembangunan Kurikulum (PPK). Sehubungan dengan itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti tahap pencapaian penyelesaian masalah Fiz...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10125/1/NOORIDAYU_BINTI_MASKURI.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10125/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan satu komponen penting dalam strategi
berfikir pelajar sepertimana yang terkandung dalam Model Kemahiran Berfikir Pusat Pembangunan
Kurikulum (PPK). Sehubungan dengan itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti tahap pencapaian
penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat di samping mengenalpasti gaya pemikiran mereka.
Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen dari sekolah-sekolah sekitar Skudai telah
dipilih sebagai responden kajian. Seramai 33 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 67 lagi adalah
pelajar perempuan. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah jantina dan kemahiran berfikir pelajar.
Alat kajian yang digunakan ialah set soal selidik item kritis kreatif yang terdiri daripada 30 item dan set
Ujian Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik yang mengandungi dua soalan penyelesaian masalah.
Kebolehpercayaan set ujian ini ialah ? = 0.74. Data-data kajian dianalisis dalam bentuk statistik mudah
seperti min, kekerapan dan peratusan dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik oleh pelajar
kritis dan kreatif adalah pada tahap sederhana. Analisis data turut menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan merentas jantina dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik. Keputusan
akhir juga mendapati bahawa tidak terdapat terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kritis dan
pelajar kreatif dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik mereka. Kesimpulannya, pencapaian
penyelesaian masalah Fizik oleh pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah yang terlibat berada pada
tahap sederhana. |
---|