Modul pembelajaran kendiri secara interaktif subjek kerja kayu di kalangan pelajar sekolah menengah teknik dan vokasional

Pembelajaran berbantukan komputer adalah berbentuk penggunaan komputer dalam mempelajari sesuatu, secara tersusun melalui program yang telah dirancang atau menggunakan komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ia memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Talib, Nurul Huda
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9556/1/24p%20NURUL%20HUDA%20ABDUL%20TALIB.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9556/2/NURUL%20HUDA%20ABDUL%20TALIB%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9556/3/NURUL%20HUDA%20ABDUL%20TALIB%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9556/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran berbantukan komputer adalah berbentuk penggunaan komputer dalam mempelajari sesuatu, secara tersusun melalui program yang telah dirancang atau menggunakan komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ia memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer. Kajian yang dijalankan ini adalah bagi mencapai objektif modul pembelajaran kendiri secara interaktif yang bersifat mesra pengguna dan membuat pengujian terhadap perisian yang dibangunkan. Perisian ini bertujuan membantu pelajar dalam menguasai subjek keija kayu. Perisian ini dinamakan sebagai Modul Pembelajaran Kendiri Secara Interaktif Keija Kayu. Empat aspek yang dinilai terhadap perisian modul pembelajaran kendiri secara interaktif yang dibangunkan ini iaitu isi kandungan, bahasa dan illustrasi dan antaramuka pengguna perisian. Seramai 120 orang responden terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional sesi 2002 dipilih untuk tujuan penilaian perisian yang dibangunkan. Maklum balas diperolehi melalui soal selidik dan telah dianalisis secara saintifik menggunakan SPSS version 11.0 dan nilai min. Dapatan kajian mendapati keempat-empat aspek yang digunakan memenuhi kehendak pengguna. Perisian ini mampu dipertingkatkan lagi di masa hadapan