Penghasilan panduan keselamatan industri bagi kegunaan bakal graduan kejuruteraan elektrik politeknik
Panduan keselamatan industri merupakan satu bentuk bimbingan yang penting kepada pelajar supaya mereka dapat mengetahui dengan jelas tentang amalan dan pengurusan keselamatan keija. Dengan adanya kesedaran dan pengetahuan yang jelas tentang keselamatan keija maka sudah tentu matlamat kemalangan s...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8770/1/24p%20WAN%20MAHZHIR%20WAN%20MAHMUD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8770/2/WAN%20MAHZHIR%20WAN%20MAHMUD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8770/3/WAN%20MAHZHIR%20WAN%20MAHMUD%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8770/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Panduan keselamatan industri merupakan satu bentuk bimbingan yang penting
kepada pelajar supaya mereka dapat mengetahui dengan jelas tentang amalan dan
pengurusan keselamatan keija. Dengan adanya kesedaran dan pengetahuan yang jelas
tentang keselamatan keija maka sudah tentu matlamat kemalangan sifar akan mudah
tercapai. Untuk perkara ini, satu penyelidikan telah dijalankan untuk menguji tahap
pengetahuan pelajar tentang keselamatan industri bagi tujuan untuk menghasilkan
sebuah panduan keselamatan industri. Panduan yang telah dihasilkan ini, telah dibuat
penilaian mengenai isi kandungan , kebolehlaksanaan dan mesra pengguna kepada
pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik di Polileknik Sultan Abdul Halim Muadzam
Shah, Jitra, Kedah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Hasil
analisis kajian menunjukkan bahawa nilai purata yang diperolehi daripada penilaian
terhadap tahap pengetahuan pelajar adalah sederhana rendah manakala isi kandungan,
kebolehlaksanaan dan mesra pengguna pula telah menunjukkan kadar setuju yang agak
tinggi. Oleh itu sebagai rumusannya didapati bahawa panduan keselamatan industri
yang dihasilkan ini boleh diterima pakai dan boleh membantu meningkatkan
pengetahuan pelajar dalam pembelajarannya. Adalah diharapkan agar penyelidikan
lanjutan dapat dilakukan terhadap panduan keselamatan industri ini agar ianya dapat
dihasilkan kedalam bentuk yang lebih berkesan penggunaannya. |
---|