Kualiti pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif
Pembelajaran kognitif dan afektif merupakan pembelajaran yang perlu ditekankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan tinggi kejuruteraan. Kedua-dua aspek pembelajaran kognitif dan afektif amat penting bagi melahirkan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran seperti kemahiran...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8769/1/24p%20TUAN%20ROZILAAZAWANI%20TUAN%20MAT.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8769/2/TUAN%20ROZILAAZAWANI%20TUAN%20MAT%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8769/3/TUAN%20ROZILAAZAWANI%20TUAN%20MAT%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8769/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembelajaran kognitif dan afektif merupakan pembelajaran yang perlu
ditekankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan tinggi
kejuruteraan. Kedua-dua aspek pembelajaran kognitif dan afektif amat penting bagi
melahirkan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran seperti kemahiran
analitikal, menyelesaikan masalah, berfikiran kreatif, komunikasi dan bekerja dalam
kumpulan. Kajian ini adalah satu kajian untuk menilai kualiti pengalaman
pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan
afektif. Responden terdiri daripada 155 orang pelajar Saijana Muda Kejuruteraan
KUiTTHO semester akhir sesi 2003/2004 yang telah menjalani latihan industri
dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah jenis soal selidik
dan temubual. Soal selidik digunakan untuk membuat penilaian berdasarkan
persepsi responden terhadap pengalaman pembelajaran yang ditempuhi di sepanjang
pengajiannya di KUiTTHO. Kaedah temubual digunakan untuk mengenalpasti
indikator-indikator pengalaman pembelaj aran pelaj ar-pelaj ar kejuruteraan. Data
temubual diperolehi daripada pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan di KUiTTHO
yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan kejuruteraan awam, elektrik dan
mekanikal. Data-data yang telah dikumpul, dianalisis menggunakan SPSS version
11.0 yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis nul iaitu
Ujian-t Berpasangan dan Analisis Varians. Dapatan kajian menunjukkan kualiti
keseluruhan pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO
adalah pada tahap sederhana (skor min = 3.55). Bagi kualiti pengalaman
pembelajaran dari aspek kognitif dan afektif adalah pada tahap sederhana (skor min
= 3.48 dan 3.61 masing-masing). Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan
yang signifikan di antara pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di
KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif. Dapatan kajian juga mendapati tidak
terdapat perbezaan yang signifikan di antara jabatan kejuruteraan awam, elektrik dan
mekanikal dalam pengalaman pembelajaran keseluruhan pelajar-pelajar kejuruteraan
di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif. |
---|