Masalah-masalah yang dihadapi dan pengaruhnya terhadap pencapaian pembelajaran di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: satu tinjauan
Kajian kes ini adalah bertujuan untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun dua yang mengambil kursus Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO. Masalah-masalah ini adalah yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka. Seramai 100 orang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8744/1/24p%20MOHD.%20MUSNIZAM%20MUSTAPHA.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8744/2/MOHD.%20MUSNIZAM%20MUSTAPHA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8744/3/MOHD.%20MUSNIZAM%20MUSTAPHA%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8744/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian kes ini adalah bertujuan untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelajar-pelajar tahun dua yang mengambil kursus Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan
Elektrik di KUiTTHO. Masalah-masalah ini adalah yang berkaitan dengan pencapaian
pelajar dalam pembelajaran mereka. Seramai 100 orang pelajar terlibat di dalam kajian
kes ini. Kajian kes ini meninjau permasalahan bagi dua pencapaian CPA responden yang
mewakili 3.0 ke atas dan 3.0 ke bawah. Responden diminta menjawab soal selidik yang
diedarkan. Di dalam borang soal selidik, terdapat hanya enam masalah yang ditinjau
untuk tujuan kajian kes. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah
masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah rakan sebaya, masalah
pensyarah dan masalah pengurusan masa. Hasil kajian mendapati masalah kewangan
adalah merupakan masalah yang paling banyak dihadapi oleh pelajar berbanding dengan
masalah-masalah yang lain. Masalah-masalah yang lain tidak memberikan kesan yang
ketara kepada pencapaian dalam pembelajaran pelajar-pelajar ini. Beberapa cadangan
telah dikemukakan untuk tindakan pihak yang berkenaan untuk meningkatkan lagi
prestasi pelajar yang terlibat. Diharapkan dengan adanya kajian kes ini dapat
meningkatkan lagi pembelajaran semua pelajar di KUiTTHO amnya. |
---|