Satu model awal jaminan kualiti bagi pendidikan berterusan kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)
Persaingan di antara pekeija-pekeija dalam industri hari ini menuntut mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berterusan agar mereka boleh digelar sebagai K-workers. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT)...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8678/1/24p%20FARAWAHEEDA%20RASHID.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8678/2/FARAWAHEEDA%20RASHID%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8678/3/FARAWAHEEDA%20RASHID%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8678/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Persaingan di antara pekeija-pekeija dalam industri hari ini menuntut mereka
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berterusan agar mereka
boleh digelar sebagai K-workers. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
(KUiTTHO) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang
memberikan perkhidmatan pendidikan secara berterusan dalam bidang kejuruteraan.
Namun begitu, masyarakat lebih menumpukan perhatian kepada IPT yang memberi
perkhidmatan pendidikan berterusan kejuruteraan (PBK) yang berkualiti. Secara
umumnya, kualiti dalam pendidikan akan dicapai sekiranya pendekatan kualiti seperti
jaminan kualiti digunakan. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk mengenal
pasti faktor-faktor kritikal kejayaan dan indikator-indikator di dalamnya.serta mereka
bentuk satu model awal jaminan kualiti untuk PBK di KUiTTHO. Kajian ini
merupakan satu kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik dan
temubual. Sampel kajian telah dipilih secara bertujuan yang terdiri daripada 30 orang
pakar, staf dan 30 orang peserta program PBK di KUiTTHO dan UTM. Data
kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0 dan ditafsirkan dalam bentuk
skor min dan sisihan piawai. Daripada dapatan kajian, terdapat enam faktor kritikal
kejayaan dan setiap faktor mempunyai indikator-indikator tersendiri. Secara
keseluruhannya, setiap indikator mencapai tahap kepentingan yang tinggi iaitu skor min
di antara 3.82 hingga 4.73. Seterusnya, pengkaji mereka bentuk Satu Model Awal
Jaminan Kualiti PBK untuk KUiTTHO hasil daripada maklum balas dapatan kajian.
Model awal jaminan kualiti ini telah mengintegrasi dan mengadaptasi beberapa model
pembelajaran dewasa dan model pengurusan kualiti. Beberapa cadangan telah
diberikan oleh pengkaji untuk pemurnian model ini dari aspek faktor-faktor kritikal
kejayaan dan indikator-indikatornya yang boleh dijalankan melalui kajian Delphi. |
---|