Pelaksanaan dan penilaian kemahiran insaniah dalam mata pelajaran kokurikulum di UTHM

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti merupakan salah satu aspek untuk melahirkan modal insan yang cemerlang daripada segi akademik dan bukan akademik terutamanya Kemahiran Insaniah (KI). Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pelaksanaan dan penilaian KI dalam mata pelajaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mansor, Zulkifli
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8670/1/24p%20ZULKIFLI%20MANSOR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8670/2/ZULKIFLI%20MANSOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8670/3/ZULKIFLI%20MANSOR%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8670/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti merupakan salah satu aspek untuk melahirkan modal insan yang cemerlang daripada segi akademik dan bukan akademik terutamanya Kemahiran Insaniah (KI). Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pelaksanaan dan penilaian KI dalam mata pelajaran kokurikulum di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Kaedah tinjauan melibatkan 33 orang fasilitator yang mengajar mata pelajaran kokurikulum dan 471 orang pelajar yang mengikuti mata pelajaran kokurikulum di UTHM telah digunakan. Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science Version 15.0 (SPSS v 15) bagi mendapatkan skor min. Manakala, dua orang fasilitator dipilih untuk menjadi responden bagi penemubualan secara bersemuka. Hasil kajian mendapati pengetahuan, pelaksanaan dan penilaian fasilitator terhadap KI adalah baik dan tinggi. Tahap penerimaan dan penguasaan pelajar terhadap KI juga adalah tinggi. Namun terdapat percanggahan diantara data yang diperolehi daripada soal selidik dan data temubual bagi pelaksanaan KI oleh fasilitator-fasilitator. Oleh itu, semua pihak khususnya Pusat Kokurikulum, Sukan Dan Kebudayaan (PKSK) dan umumnya UTHM harus memandang serius dapatan kajian ini. Ini bagi membolehkan UTHM menjadi salah satu Universiti yang berasaskan kepada sains dan teknologi yang terkemuka di Malaysia.