Ketrampilan kemahiran teknikal graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Sektor perindustrian di negara Malaysia semakin berkembang dan bertambah maju. Kesan daripada pertumbuhan ekonomi tersebut, tenaga buruh yang berkualiti tinggi, serba boleh dan eepat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan perindustrian amat diperlukan. Jesteru, kajian ini bertujuan untuk mege...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8565/1/24p%20NURHUDA%20NIZAR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8565/2/NURHUDA%20NIZAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8565/3/NURHUDA%20NIZAR%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8565/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sektor perindustrian di negara Malaysia semakin berkembang dan bertambah
maju. Kesan daripada pertumbuhan ekonomi tersebut, tenaga buruh yang berkualiti
tinggi, serba boleh dan eepat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan
perindustrian amat diperlukan. Jesteru, kajian ini bertujuan untuk megenalpasti tahap
ketrampilan kemahiran teknikal graduan IKBN dalam melaksanakan tugas di sektor
industrilsyarikat. Tahap ketrampilan yang dilihat melibatkan empat aspek iaitu aspek
pengetahuan, kemahiran, sikap dan keselamatan dari dua persepsi iaitu persepsi graduan
IKBN danjuga persepsi pihak majikan. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti eiri-eiri
kemahiran lain yang diperlukan oleh pihak industri selain dari kemahiran teknikal.
Responden bagi kaj ian ini terdiri daripada 65 orang graduan IKBN yang telah tamat
pada tahun 2003 dengan dianugerahi Sijil Kemahiran Jurusan Mekanikal Pemesinan.
Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik melalui kaedah
penghantaran pos dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS (versi 12) bagi
mendapatkan nilai skor min. Dapatan kajian dari persepsi graduan IKBN menunjukkan
graduan IKBN mempunyai tahap ketrampilan yang tinggi dari aspek pengetahuan,
kemahiran, sikap dan keselamatan. Namun ianya bertentangan dengan pendapat pihak
majikan yang menyatakan graduan IKBN hanya mempunyai tahap ketrampilan yang
tinggi dari aspek pengetahuan, manakala dari aspek kemahiran, sikap dan keselamatan
mereka berada di tahap yang sederhana. Walaubagaimanapun pihak majikan masih
memerlukan eiri-ciri kemahiran lain seperti kemahiran meraneang dan membuat
keputusan, kemahiran hubungan Interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran
kebolehsesuaian diri hasil maklumbalas yang didapati dari pihak industri. |
---|