Model kemahiran komunikasi tempat kerja (KKTK) Pelajar Kejuruteraan Awam Politeknik Malaysia

Kemahiran komunikasi merupakan isu yang kritikal di Malaysia. Industri masa kini menganggap kemahiran teknikal sahaja tidak mencukupi dan mengharap institusi pengajian tinggi mempersiapkan pelajar dengan kemahiran komunikasi yang menyamai dengan kemahiran komunikasi di tempat kerja. Namun, kegagalan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Masduki, Masadliahani
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8447/1/24p%20MASADLIAHANI%20MASDUKI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8447/2/MASADLIAHANI%20MASDUKI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8447/3/MASADLIAHANI%20MASDUKI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8447/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran komunikasi merupakan isu yang kritikal di Malaysia. Industri masa kini menganggap kemahiran teknikal sahaja tidak mencukupi dan mengharap institusi pengajian tinggi mempersiapkan pelajar dengan kemahiran komunikasi yang menyamai dengan kemahiran komunikasi di tempat kerja. Namun, kegagalan pelajar membangunkan kemahiran komunikasi tempat kerja menyebabkan mereka menjadi tidak efektif semasa menjalani latihan industri dan ketika bekerja. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan mengesahkan Model Kemahiran Komunikasi Tempat Kerja (KKTK) pelajar Kejuruteraan Awam di politeknik. Kajian ini mengaplikasikan kaedah gabungan dengan reka bentuk exploratory sequential mixed method yang melibatkan fasa kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian sebenar terdiri daripada 372 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di 15 buah politeknik. Dapatan fasa pertama kajian ini telah mengenal pasti empat konstruk (komunikasi lisan, komunikasi bertulis, komunikasi visual dan komunikasi interpersonal) serta 36 elemen KKTK sebelum dianalisa menggunakan kaedah Cohen Kappa yang menggugurkan tiga elemen. Daripada 33 elemen, hasil dapatan menggunakan analisis faktor penerokaan (EFA) telah menyingkirkan 11 elemen yang menjadikan elemen akhir sebanyak 22 elemen. Peringkat terakhir adalah pengesahan model yang telah dibangunkan. Dengan menggunakan pendekatan Model Persamaan Berstruktur (SEM) melalui prosedur analisis pengesahan faktor (CFA), analisis mendapati kesemua empat konstruk dan 22 elemen KKTK memenuhi kriteria yang ditetapkan, bersifat unidimensi serta sepadan dengan data. Model KKTK telah berjaya dibangun dan disahkan. Terdapat dua elemen unik yang baharu terhasil dari kajian ini iaitu elemen penulisan pengiraan kerja binaan, dan kemahiran merujuk katalog. Sumbangan utama kajian ini ialah pelajar dapat menjadikan model ini sebagai panduan dalam membangunkan kemahiran komunikasi yang seiring dengan komunikasi yang diperlukan di industri sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan industri.