Penghasilan modul bahasa pengatucaraan C untuk pelajar-pelajar BTI 2133 Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Pihak kerajaan sedar terhadap kehadiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sumber ekonomi serta enjin ekonomi yang berupaya memacu ekonomi negara dalam era globalisasi. Koridor Raya Multimedia (MSC) ternyata adalah bukti tentang kepercayaan kita mengenai potensi teknologi tersebut...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8167/1/24p%20NOR%20RATNA%20MASROM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8167/2/NOR%20RATNA%20MASROM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8167/3/NOR%20RATNA%20MASROM%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8167/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pihak kerajaan sedar terhadap kehadiran teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) sebagai sumber ekonomi serta enjin ekonomi yang berupaya memacu ekonomi
negara dalam era globalisasi. Koridor Raya Multimedia (MSC) ternyata adalah bukti
tentang kepercayaan kita mengenai potensi teknologi tersebut. Institusi pendidikan
merupakan wadah utama bagi tujuan penerusan, kesinambungan, penentu utama arah
tujuan dan kelangsungan kuasa sesebuah masyarakat bagi melahirkan para graduan yang
berketrampilan dan berkualiti. Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab institut
tersebut menyediakan bahan pembelajaran untuk peningkatan kefahaman seperti
penyediaan modul, CD dan sebagainya ,termasuk usaha memurnikan lagi modul perlu
dijalankan agar masa, wang dan tenaga dapat dijimatkan.Dalam kajian ini, seramai 54
orang pelajar BTI 2133 dijadikan sampel kajian dan didapati mereka mempunyai tahap
pengetahuan bahasa pengaturcaraan yang tinggi. Maka penyelidik perlu menyediakan
modul yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan mereka. Selain dari itu, terdapat
perbezaan signifikan di antara modul lama dan modul yang telah dimurnikan. Juga
terdapat hubungan signifikan di antara kefahaman dan teknik persembahan, kefahaman
dan teknik penilaian, dan kefahaman dan penerangan. Namun ketiga-tiga ciri memberi
pengaruli yang amat kecil di dalam peningkatan kefahaman. |
---|